Budak Kaca Mata



Assalamualaikum, hai semua. entry hari ni michan nak share pasal majlis berbuka puasa dengan alumni sekolah michan dulu. okay event ni kiteorang plan satu batch should join tapi memasing ada yang study jauh and ada yang x dapat balik atas sebab-sebab tertentu. kiteorang pergi 17 June 2016, hari jumaat. event berbuka puasa ni dah buat lama dah kalau tak silap since kiteorang form 5 lagi, tapi ni baru first time michan join. biasalah atas faktor transportations kan.bukan senang nak keluar. lagi-lagi bulan puasa ni haaa. ini pon nasib baik michan keluar dengan member-member TAUMARIZAN. ni geng michan dulu masa sek menangah sampai la sekarang contact. disebabkan semua dah macam rindu nak mampus nak jumpa sangat so kiteorang decide la join je majlis berbuka ni. actually diaorang dah abis asasi so, macam free sikit sementara nak tunggu tawaran degree. itu yang ajak michan pergi. michan okay je.


okay about the event ketua projek adalah Ahmad Syahir as wel known as Pendek. memang dah banyak tahun dia yang manage. michan berterima kasih sangat kat dia sebab sudi handle bende besar macam ni. ada sesetengah nampak macam biasa je kan ala booked meja apa semua tu nampak senang je, padahal katakan la dia dah tempah seratus meja, sekali yang datang 50 orang je tak ke rugi. dah lah ni buat dekat medan ikan bakar dah tentu-tentu nya ikan tu dia reserved awal-awal kalau tak kiteorang x dapat makanlah jawabnya. thanks again Syahir. Okay locations dia pulak dekat medan ikan bakar Parameswara /<maps>, <facebook>. memang senang jugaklah nak cari kalau guna waze lagilah ikut je. michan masa tu dari selandar terus pergi padang temu and tak jauh pon dari bandar melaka dalam half and hour je dah sampai. ada banyak medan ikan bakar dekat melaka tapi Syahir nak buat kat situ so kami pon on jelah. yang datang join not bad ramai jugak ada dalam 50++ orang kalau tak silap. ada perempuan and lelaki. Syahir booked 3 meja. satu setengah lelaki dan balancednya the girls.


Dalam medan ikan bakar parameswara ni ada banyak kedai makan or kedai ikan bakar korang boleh choose nak makan kedai mana. memang banyak. kiteorang mula-mula pon pusing-pusing sebab dimaklumkan kedai yang first so ingatkan kedai yang besar kat luar rupanya kene masuk dalam lagi. so memang besar and banyak pilihan kedai. dan kedai yang menjadi pilihan kami malam tu ialah D'Muara Ikan Bakar Umbai. kedai paling tepi or first in that row dekat sangat dengan surau. parking pulak michan boleh cakap x banyak. bayangkan michan pergi masa hari jumaat tau lagi berapa minit je nak berbuka. pusing banyak kali sebab nak cari parking. bayangkan kalau korang yang pergi weekend or holiday something memang kene awal lah jawabnya. sebab memang makan dimedan ikan bakar best kalau makan ramai-ramai. untuk kawasan dalam park hanya bayar seringgit sahaja untuk parking. /2016 masa pergi hari tu dia tulis kat board rm5++ maybe ini maklumat untuk pelancong luar or just untuk pamer je kot not so sure. tapi seringgit untuk parking memang berbaloi lah.

Classmate 2013 and 2014 | 5A3

Event makan-memakan hanya selepas menghrib. which is kiteorang solat dulu kat surau tepi tu then baru makanan diservedkan. lepas je solat apa lagi terus borak-borak dekat meja. michan memang dah terliur dah sebab dua jenis lauk utama depan mata. ikan bakar and ikan tiga rasa betul-betul depan michan masa tu. nasi pulak boleh pilih either nak makan nasi lemak or nasi putih. Nasi bujang nasi beriani semua tu takde ye nak bawak sendiri. hahahahahahahaha. nasi lemak dia memang sedap michan sangat berpuas hati sebab tu michan tambah sampai 3 bungkus kau. itu pun ada yang bungkus bawak balik. sebab sedap la tu nak share ngan family balik nanti ke buat sahur.huh...... lauk lain pulak ada sotong celup tepung dengan kangkung goreng belacan. itu pun tak terhabis-habis. banyak sangat. michan pulak makan semeja dengan girls lagi la diaorang tak habis tolak dekat kiteorang . humpppp apa lagi balun la. hahahahahaha 


michan tak tau total semua berapa sebab Syahir hanya collect RM25 each sahaja. kalau pikir balik makan banyak macam tu hanya RM25 memang sangat berbaloi. sebab kalau korang walk in x sure la ikut jenis ikan dan lauk sebenarnya. sebab korang boleh pilih ikan, udang, lala and so on. yang michan pernah dengar ada yang sampai RM70 makan berdua. so better la michan makan reramai and only RM25 sangat puas hati.


Michan syorkan yang nak pergi datang awal kalau bulan-bulan puasa ni takut takde parking je. and another tips bawak la duit lebih-lebih, sebab makan ikan bakar fresh memang cost sikit. hahhahahahaha kalau nak jimat gi beli kat bazar ramadhan je banyak jual. okay ni gambar-gambar waktu majlis berbuka puasa tu.






















Label: , , ,


{}