Budak Kaca Mata



Assalamualaikum, hai semua. entry hari ni michan nak share pasal majlis berbuka puasa dengan alumni sekolah michan dulu. okay event ni kiteorang plan satu batch should join tapi memasing ada yang study jauh and ada yang x dapat balik atas sebab-sebab tertentu. kiteorang pergi 17 June 2016, hari jumaat. event berbuka puasa ni dah buat lama dah kalau tak silap since kiteorang form 5 lagi, tapi ni baru first time michan join. biasalah atas faktor transportations kan.bukan senang nak keluar. lagi-lagi bulan puasa ni haaa. ini pon nasib baik michan keluar dengan member-member TAUMARIZAN. ni geng michan dulu masa sek menangah sampai la sekarang contact. disebabkan semua dah macam rindu nak mampus nak jumpa sangat so kiteorang decide la join je majlis berbuka ni. actually diaorang dah abis asasi so, macam free sikit sementara nak tunggu tawaran degree. itu yang ajak michan pergi. michan okay je.


okay about the event ketua projek adalah Ahmad Syahir as wel known as Pendek. memang dah banyak tahun dia yang manage. michan berterima kasih sangat kat dia sebab sudi handle bende besar macam ni. ada sesetengah nampak macam biasa je kan ala booked meja apa semua tu nampak senang je, padahal katakan la dia dah tempah seratus meja, sekali yang datang 50 orang je tak ke rugi. dah lah ni buat dekat medan ikan bakar dah tentu-tentu nya ikan tu dia reserved awal-awal kalau tak kiteorang x dapat makanlah jawabnya. thanks again Syahir. Okay locations dia pulak dekat medan ikan bakar Parameswara /<maps>, <facebook>. memang senang jugaklah nak cari kalau guna waze lagilah ikut je. michan masa tu dari selandar terus pergi padang temu and tak jauh pon dari bandar melaka dalam half and hour je dah sampai. ada banyak medan ikan bakar dekat melaka tapi Syahir nak buat kat situ so kami pon on jelah. yang datang join not bad ramai jugak ada dalam 50++ orang kalau tak silap. ada perempuan and lelaki. Syahir booked 3 meja. satu setengah lelaki dan balancednya the girls.


Dalam medan ikan bakar parameswara ni ada banyak kedai makan or kedai ikan bakar korang boleh choose nak makan kedai mana. memang banyak. kiteorang mula-mula pon pusing-pusing sebab dimaklumkan kedai yang first so ingatkan kedai yang besar kat luar rupanya kene masuk dalam lagi. so memang besar and banyak pilihan kedai. dan kedai yang menjadi pilihan kami malam tu ialah D'Muara Ikan Bakar Umbai. kedai paling tepi or first in that row dekat sangat dengan surau. parking pulak michan boleh cakap x banyak. bayangkan michan pergi masa hari jumaat tau lagi berapa minit je nak berbuka. pusing banyak kali sebab nak cari parking. bayangkan kalau korang yang pergi weekend or holiday something memang kene awal lah jawabnya. sebab memang makan dimedan ikan bakar best kalau makan ramai-ramai. untuk kawasan dalam park hanya bayar seringgit sahaja untuk parking. /2016 masa pergi hari tu dia tulis kat board rm5++ maybe ini maklumat untuk pelancong luar or just untuk pamer je kot not so sure. tapi seringgit untuk parking memang berbaloi lah.

Classmate 2013 and 2014 | 5A3

Event makan-memakan hanya selepas menghrib. which is kiteorang solat dulu kat surau tepi tu then baru makanan diservedkan. lepas je solat apa lagi terus borak-borak dekat meja. michan memang dah terliur dah sebab dua jenis lauk utama depan mata. ikan bakar and ikan tiga rasa betul-betul depan michan masa tu. nasi pulak boleh pilih either nak makan nasi lemak or nasi putih. Nasi bujang nasi beriani semua tu takde ye nak bawak sendiri. hahahahahahahaha. nasi lemak dia memang sedap michan sangat berpuas hati sebab tu michan tambah sampai 3 bungkus kau. itu pun ada yang bungkus bawak balik. sebab sedap la tu nak share ngan family balik nanti ke buat sahur.huh...... lauk lain pulak ada sotong celup tepung dengan kangkung goreng belacan. itu pun tak terhabis-habis. banyak sangat. michan pulak makan semeja dengan girls lagi la diaorang tak habis tolak dekat kiteorang . humpppp apa lagi balun la. hahahahahaha 


michan tak tau total semua berapa sebab Syahir hanya collect RM25 each sahaja. kalau pikir balik makan banyak macam tu hanya RM25 memang sangat berbaloi. sebab kalau korang walk in x sure la ikut jenis ikan dan lauk sebenarnya. sebab korang boleh pilih ikan, udang, lala and so on. yang michan pernah dengar ada yang sampai RM70 makan berdua. so better la michan makan reramai and only RM25 sangat puas hati.


Michan syorkan yang nak pergi datang awal kalau bulan-bulan puasa ni takut takde parking je. and another tips bawak la duit lebih-lebih, sebab makan ikan bakar fresh memang cost sikit. hahhahahahaha kalau nak jimat gi beli kat bazar ramadhan je banyak jual. okay ni gambar-gambar waktu majlis berbuka puasa tu.






















Label: , , ,



Assalamualaikum, hai korang hari ni michan nak cerita pasal mesin basuh baru kat uitm Jasin. Untungnya lahai masuk semester baru terus pasang mesin baru. yang paling best sem ni duduk aras bawah, mesin basuh tu sebelah rumah je. memang senang lah. kalau dulu kena angkut ulang-alik aras 3 turun bawah semata nak basuh baju memang perit jugak lah masa tu. tapi lepas ni dah tak payah risau. hahahahahahahahahaha

Actually tuan mesin ni dah pernah pasang mesin diaorang dekat blok kolej siswi Tun Gemala C, memang ramai suka basuh sana sebab memang puas hati. daripada komen rakan-rakan sekelas lah. Untuk harga boleh tahan mahal sebab sekali basuh RM2.50 tetapi mesin ni boleh sampai 10Kg tau. so kene peramlah baju lama-lama baru boleh basuh, kalau tak macam rugi je. ni gambar mesin baru tu.




Pro;
  1. Boleh basuh banyak
  2. Cepat kering
  3. Ada Mesin Tukar Syiling
  4. Bersih
Contra;
  1. Tak boleh nak kering sahaja.
  2. rugi basuh sikit
  3. guna duit syiling
  4. pengering x kering betul-betul kering //Still kene jemur
Ok itu sahaja review michan tentang mesin basuh baru ni.

Label: ,




Assalamualaikum, hai hari ini michan nak cerita pasal pertandingan debat dan pidato vice chanselor UiTM 2016. okay ni just pengalaman michan join this competitions je. Pertandingan debat dan pidato memang popular antara institut pengajian tinggi diMalaysia. tahun 2016 sahaja banyak pencapaian yang telah pun dirangkul oleh pendebat-pendebat Malaysia. salah satunya adalah Syed Sadiq [Debaters UIA], Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron and Jasmine Ho Abdullah [Debaters UiTM] . pencapaian mereka memang mengagumkan dan terbaik. 

sebelum kesana kelab debat UiTM Jasin ada buat preparations jugak. such as mini centralized between us. latihan yang agak padat sebab pertandingan ni boleh tahan besar jugak. dan yang paling bestnye kami tak tau macam mana bentuk vc cup ni. ada juga kami tanya daripada senior dan rakan-rakan dari kampus lain dan dapatlah sedikit basic informations tentang vc cup. memang setiap tahun akan diadakan antara april ke mei. Alhamdulillah Jasin meluluskan dua team which is 8 orang 1 team 4 orang. 3 menteri dan seorang reserved.


okay masa hari first ke pertandingan memang macam-macam berlaku. mulanya memang dimaklumkan akan diadakan di UiTM Raub tetapi ada sedikit masalah teknikal diubah ke UiTM jengka. Alhamdulillah driver van kami seorang yang bertimbang rasa dan kami selamat sampai ke Jengka. Hari pertama biasa memang tiada sesi perdebatan lagi biasnya hanya briefing sahaja. tetapi di sini kami ada dinner sebab Rektor Pahang tak dapat hadir masa hari last.  so mereka cepatkan dinner so far okayla not bad dinner class gitu. tema dinner kami red carpet. biasa memang ada tema dan malam tu ramai yang pakai sesuai dengan tema sebab maybe senang and memang bertepatan dengan pendebat lah kan kalau suit ala-ala red carpet ni. /bagi lelaki la.....

Usul debat
pihak pengurusan hanya bagi tema masa pendaftaran. tetapi biasanya tema diberi masa taklimat malam pertama. kami faham sebab ni first time Jengka jadi tuan rumah sebab sebelum-sebelum ni memang di UiTM Dungun Terengganu. jadi tak mengapalah baru surprisekan. kesemua tema memang membantu dan kami mencari sedikit sebanyak info pasal tema malam tu. biasanya cari isu semasa dan facts yang membantu. keseluruhan usul diberi masa sebelum quarantine. setiap kali debat 3 usul akan dikeluarkan dan pilihlah ikut kita dan lawan kita nak pilih yang mana. boleh guna numbering atau tolak-tolak.

michan dah blank tak tau nak tulis and share apa dah hahahahahahah tgk la gambar ni.

Pendaftaran Pelajar dan Juri di kawasan penginapan

Sir Ady coach debat UiTM Jasin

Dedel and his bro [ Haziq Jamaluddin ]

Team Debat UiTM Jasin A

Naib Johan Debat BM 










Sebelum bermula sidang










Juara Pertandingan Debat BM vc Cup. 

Label: ,


{}